Friday, May 6, 2011

Hidup di sini berbeza dengan di sana...(-_-)


    بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Di sini tidak sama dengan di sana..
Di sini tidak serupa dengan di sana...
Di sini berbeza dengan di sana....
Di sini dan di sana tidak akan pernah sama...

Bermulanya kisah apabila aku mendapat tawaran di sini..
Dahulu aku pernah berkata dalam diriku andai aku mendapat tawaran ke sini aku akan keluar daripada matrikulasi namun andai aku mendapat tawaran ke sana aku akan membuat keputusan untuk kekal di matrikulasi..dan kekal di sana, tempat tanah tumpahnya darahku...;)

Di sini tidak sama dengan di sana..
Hatiku merintih pilu..merindukan mereka nun jauh di sana..ya Allah berikanlah hambaMu ini kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi setiap ketentuanMu ya Allah..Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diriku dan keseluruhan kehidupanku...
Menjejakkan kaki ke sini untuk mendaftarkan diri dengan ditemani keluarga yang tercinta memberikan 1001 macam perasaan yang bermain di minda, fikiran, hati dan perasaan..Namun kutabahkan hati untuk melangkah mengatur perjalanan di tempat yang asing bagiku...Bukan asing sebab sesuatu yang asing...cuma keadaannya yang berbeza dan di sini tidak sama dengan di sana..

Di sini tidak serupa dengan di sana...
Aku menjalani hari2ku dengan pelbagai cara hidup yang tidak serupa dengan di sana..Mulanya aku tertanya-tanya..Di mana sahabat2ku...?Kenapa ? Kenapa di sini tidak sama seperti di sana? Segalanya berbeza...Aku rindu sahabat2ku....aku rindu segala2nya yang berada di sana....Jujurnya aku berasa kekok untuk menjalani kehidupan di sini...kerna di sini tidak sama dengan di sana....Aku membisikkan dalam hatiku kata2 motivasi yang boleh membuatkan aku hidup seperti di sana..yang aktif dan berani menempuh setiap apa yang dihadapi...di sini aku cukup lama terdiam..memikirkan kehidupan di sini dan di sana...Orang sekelilingku di sini selalu membandingkan kehidupan di sini lebih baik dari di sana..Aku tidak mengerti apa yang dikatakan lebih baik di sini dari di sana...Mereka terus berkata...terus memperkatakannya dan terus memperkatakannya...tentang apa?tentang di sini dan di sana....
aku tidak membantah..aku diam...mereka berkata,aku tersenyum dan diam....diam dan terus diam...Biarlah mereka terus berkata tentang di sini dan di sana kerana aku masih tersepit dalam keadaan yang berbeza..antara di sini dan di sana...
andai aku mula dapat menyesuaikan segalanya antara di sini dan di sana,pasti aku tidak akan menjadi seorang yang terus terdiam bila berbicara tentang di sini dan di sana...

Aku masih cuba untuk menerima kehidupan di sini .....orang2 di sini..keadaan di sini...segalanya tentang di sini...meskipun ianya tidak sama dengan di sana...
"Ya Allah berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk terus tabah menghadapi kehidupan ini....Jadikanlah kami dalam kalangan hamba2Mu yang bersyukur dan redha dengan setiap ketentuanMu...."







Cute Red Flying Butterfly