Pages




Thursday, December 16, 2010

Duhai hati...

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dalam melangkah kdg-kala terasa yakin dan bersemangat....
kadang kala terasa lemah dan tidak berdaya....

Dalam melangkah kdg2 kita punya teman2 di sisi...sahabat..keluarga..
Kdg kala kita keseorangan...kita x ditemani sesiapa
terasa bagaikan semua insan pergi meninggalkan kita sendirian....

Kdg kala kita diuji dgn ujian yg berat..seolah2 kita insan yg paling malang di dunia ini...
Di saat lemah tidak berdaya...ditambah dgn kehadiran lawan yg sentiasa melemahkan kita...
keadaan ini membuatkan kita STRESS...dan lebih teruk lagi PUTUS ASA...



Duhai hatiku....
sabarlah menerima ketentuan dr-Nya
DIA Maha Mengetahui apa yg terbaik buat dirimu
setiap yg ditentukan punya hikmahnya
adakalanya kita kuat dgn melihat hikmah di balik apa yg tjd
maka carilah hikmah di sebalik setiap yg ditentukan 
adakalanya kita lemah tidak berdaya
maka carilah kekuatan itu dr DIA Yang Maha Kuat

Lumrah kehidupan semuanya dijadikan berpasangan
diberikan kita kesusahan agar kita tidak hanyut dibuai kesenangan yg berpanjangan
diberikan kita kesakitan agar kita tidak alpa dalam kesihatan yg berterusan
diberikan kita kepayahan agar kita tidak lalai dalam kemewahan

Lihatla setiap yg terjadi dr sudut yg mempunyai hikmah
agar hati kita tidak menderita dgn bisikan2 syaitan yg melemahkan jiwa
Ingatlah pd Yang Menjadikan Segalanya
Pencipta Semuanya
Tidak dijadikan sesuatu itu melainkan ada hikmah di sebaliknya
bersangka baiklah pd Nya
Mohon kekuatan drNya dgn sabar dan tabah
Moga kita menjadi insan yg teguh dgn Nya
walau betapa berat dugaan menimpa
kerana DIA tidak menjdkan sesuatu 
melainkan sesuai dgn kesanggupannya

Di saat kita berasa sendirian..
lemah..dan putus asa..
ingatlah!!
Allah sentiasa bersama kita
DIA tidak pernah meninggalkan kita
bahkan kitalah yg sentiasa melupakannya..
Kembalilah pd Allah..
Moga kita redha dgn setiap apa yg terjadi....




Friday, December 10, 2010

Jangan tunjuk peace kerana.....



Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud :Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).

Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.

Tahu Ajalnya

Pada suatu hari, lelaki tua yang selalu memandikan mayat dikunjungi oleh seorang pemuda. Wajah pemuda itu putih bersih dan berpakaian kemas. Pemuda itu bertanya kepada orang tua itu, "Bolehkah pak cik membantu saya memandikan orang yang sudah meninggal dunia?"

Jawab orang tua itu, "Baiklah, saya akan membantu kamu."

Kemudian, orang tua itu mengikut pemuda itu sampai ke sebuah rumah. Dia diminta pemuda itu untuk tunggu di luar. Sementara lelaki itu masuk ke dalam rumah, tiba2 keluar gadis yang sedang menangis. Gadis itu bertanya, " Adakah pak cik yg hendak memandikan jenazah?"

Orang tua itu menjawab, "Ya,betul."

Gadis itu berkata lagi, " Dengan nama Allah, silakan masuk pak cik."

Orang tua itu pun masuk ke dalam rumah. Dia melihat pemuda yg menjemputnya td sedang menghadapi maut. Pemuda itu sedang nazak. matanya melihat ke atas sahaja. Belum sempat orang tua itu duduk di sisinya, dia menghembuskan nafas terakhir. Org tua itu berkata, " Maha suci Allah, pemuda ini adalah kekasih Allah.Oleh itu, dia sudah tahu bila ajal menjemputnya."

Org tua itu pun memandikan mayat pemuda itu dgn perasaan gementar. Selepas selesai membalut tubuhnya dgn kain kafan, gadis tadi dtg dan menghampiri jenazah itu. Gadis itu mencium pipi mayat itu dan berkata,"Sebentar lagi saya akan mengikutimu, dgn izin Allah, wahai saudaraku."

Selesai memandikan jenazah itu, org tua itu pun pulang ke rumah. Sebelum pulang, gadis itu mengucapkan terima kasih kepada org tua itu. Dia berkata, "Jika isteri pak cik dapat memandikan mayat seperti pak cik, bawalah dia ke sini."

Org tua itu terkejut apabila mendengar kata2 gadis itu. Dia menduga gadis itu bakal menyusul saudaranya menemui ajal. Selepas selesai menanam mayat pemuda itu, dia pun pulang ke rumah. Sebaik sahaja tiba di rumah, org tua itu menceritakan kepada isterinya berkenaan pesanan gadis itu.

Org tua itu pun membawa isterinya ke rumah gadis itu. Dia mempersilakan isteri org tua itu masuk. Sebaik sahaja isterinya masuk ke dalam, dia melihat gadis itu sudah meninggal dunia dgn badannya menghadap kiblat. Isteri org tua itu pun memandikan dan menanam jenazah itu bersebelahan dgn kubur saudaranya.

Thursday, December 9, 2010

Sabar menghadapi ujian hidup

Pada suatu hari, Nabi Muhammad ke rumah anak perempuannya, Fatimah. Apabila tiba di rumah Fatimah, Nabi Muhammad bertanya kepada anaknya, " Di manakah kedua-dua cucu bapa?"


Fatimah menjawab. " Hari ini kami tidak memiliki apa2 pun untuk dimakan. Segala puji bagi Allah, suami saya sudah mendapat kerja dengan seorang Yahudi. Suami sy turut mbawa kdua-dua anak lelaki bersamanya."


Selepas mendengar penjelasan Fatimah, Nabi Muhammad pun pergi mencari cucu2nya iaitu Husin dan Hasan. Apabila Nabi Muhammad bertemu dengan cucu2nya. beliau melihat mereka sedang bermain di suatu tempat. Tangan mereka masih mengenggam sisa kurma.


Apabila Nabi Muhammad melihat cucu2nya asyik bermain sementara menantu serta sepupu nya iaitu Alu sedang membuat kerja, Nabi Muhammad pun berkata, "Ali, adakah kamu tidak mahu membawa pulang anak2mu sebelum panas terik matahari?"


Ali menjawab, " Ya Nabi Allah, pagi ini kami sekeluarga tidak mempunyai apa2 untuk dimakan. Oleh itu, biarlah kami anak beranak di sini bagi mengumpul lebih banyak buah kurma untuk dibawa balik dan diberikan kepada Fatimah."


Apabila mendengar jawapan daripada menantunya itu, Nabi Muhammad pun turut bersama-sama dengan Ali dan cucu2nya membuat kerja seperti mengangkat air. Upah mengangkat air sebaldi bersamaan dengan sebiji kurma. Ali dan Nabi Muhammad melakukan kerja itu sehingga berjaya mengumpulkan beberapa biji kurma. Selepas berpuas hati dengan hasil itu, mereka pun pulang ke rumah.

Begitulah kehidupan Fatimah , anak kepada utusan Allah iaitu Nabi Muhammad yg begitu sabar mengharungi hidupnya. Fatimah tidak pernah menunjukkan rasa menyesal ataupun sedih di wajahnya.

Monday, December 6, 2010

Tinta terakhir 1431H

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t .....Salam ukhuwwah fillah abadan abada...Salam penuh keceriaan buat sahabat2..teman2..serta kawan2 yg dikasihi selalu....






Meniti bicara sorg insan di penghujung tahun 1431H...pelbagai kisah..pelbagai cerita..namun segalanya tidak mungkin akan dikongsi di dalam blog ini...biarlah ia menjadi memori yg tersimpan kemas dalam ingatan...menjadi kenangan serta memori yg pasti x akan dlupakan....


Yang pasti sebentar lagi kita akan membuka lembaran baru....awal Muharram 1432H.....
Biarkanlah segala tragedi..segala mcm yg terjadi yg memberi memori pahit dlm lipatan sejarah kehidupan ini tersimpan kemas dlm kenangan......Yang berlalu pasti tidak akan dapat diubah lagi.....yang berlalu biarkan ia berlalu..ambillah pengajaran moga kita dapat memperbaiki diri sendiri...agar kita dapat membangunkan diri sendiri.....


Apapun cerita...kisah....di sebalik kehidupan seorang insan ini dapat disimpulkan seperti ini....:


Dalam mengejar impian yg terbuku di hati pasti mengundang pelbagai ujian.....ada impian dapat dicapai...ada juga yg x dapat dikecapi...
sedih!!
kecewa!!!!


namun segalanya terubat dengan ayat-ayat cinta yg mendamaikan hati:


" Allah tidak akan membebani seseorang sesuai dgn kesanggupannya....."


Apabila diimbas kembali kisah kehidupan itu....terlalu banyak cerita..terlalu banyak kisah...




Suka dan duka silih berganti...susah dan senang.....pahit dan manis....sihat dan sakit.......segalanya silih berganti..sesuai dgn fitrah kehidupan ini yg djdkn berpasang-pasangan sepertimana firman Allah dlm surah Yaasin ayat 36 :


"Maha suci Tuhan yg telah menciptakan pasangan2 semuanya dari apa yg ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka atau dari apa yang tidak mereka ketahui..."


Melalui perjalanan ini..aku sedikit demi sedikit telah mengenal erti sebenar kehidupan yg penuh tipu daya..maka jika kamu terpedaya dgnnya rugilah kamu wahai org2 yg lalai.....
Dalam membina jati diri juga pasti diuji dgn pelbagai tipu daya syaitan ....maka berlindunglah kamu dari tipu dayanya yg pasti tidak akan pernah putus asa untuk menyesatkan sekalian manusia hingga ke akhir kehidupan ......


Kdgkala hatiku berbicara...:


Nyah kau dari hidupku wahai awan yg mendung
menjauh kau dari aku wahai langit nan hitam
Aku tidak selamanya seteguh karang di dasar lautan
Aku tidak selamanya kukuh di puncak gunung nan tahan
Ke mana kau menghilang wahai mentari nan terang
Ke mana kau pergi wahai bintang2 yang gemerlapan
aku tidak sanggup hidup dalam kegelapan dan kesepian
Bertemankan onak dan duri di perjalanan
Aku tidak gagah tuk selamanya kecewa
Aku tidak bisa tuk menitiskan air mataku lagi
Kerana titis2 darah di perjalanan sudah cukup tuk aku lemah di perjalanan ini
Nyah kau dari hidupku warna2 gelap nan kelam......


Ternyata bait2 bicara hati di atas lebih mendorong ke arah putus asa yg pasti akan mengundah kemusnahan......ya Allah ampunilah segala kekhilafan ku ya Allah....kini...ak belajar untuk menerima ketentuanMu dgn redha....




Andaiku tahu bila masa ajalku
Akanku bina sebuah mahligai di syurga
Namun apakan daya
Tuhan penentu segala
Aku hanya hambaNya yang hina
Penuh noda dan dosa
Inginku kembali menaut cintaNya
Namun aku malu atas segala dosa
Ku mohon keampunan Mu Tuhan
Andai esok ajalku
Kau bersihkanlah diriku
Biarlah aku menerima balasanku di dunia
Tidak ku sanggup menanggungnya di akhirat sana
Ampunkan aku Tuhan
Aku tidak layak memasuki syurgaMU
Namun takku sanggup menghadapi nerakaMu
Izinkan aku kembali pdMu Tuhan
Aku redha atas segala takdir ketentuanMu
Bersihkanlah diriku dr segala dosa dan noda
Sebelum aku kembali pdMu buat selama-lamanya..
Ampunkan aku Tuhan
Hati dan jiwaku tidak teguh dgnMu
Terlalu mudah aku leka dgn nikmat yg sementara
Tanpa memikirkan azab yang selamanya
Ampunkan aku Tuhan
Aku redha dgn sgala ketentuanMu
Izinkan aku untuk mengaut cinta dan kasihMu
Hanya pdMU...
Ku pasrah segalanya......


Friday, December 3, 2010

Wanita Tua Tidak Masuk Syurga

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Pada suatu hari, seorg wanita tua nie pegi jumpa Rasulullah s.a.w.
Dia mo tya soalan pasal syurga.

" Assalamualaikum, wahai kekasih Allah!
 Saya mahu bertanya kepada tuan, adakah saya nie ada tempat di dalam syurga?
Adakah boleh tuan memohon kpd Allah supaya memasukkan saya ke dlm syurga?"
tanya wanita tue dgn penuh harapan....

Rasulullah s.a.w pun jawab soalan wanita tua tersebut dgn berjenaka,
"Tidak ada wanita tua yg masuk ke dalam syurga."

Wanita tua tue pun berasa sangat sedih dan menangis teresak-esak bila dgr jawapan Rasulullah. Dgn hati yg sedih, dia pun berlalu pergi meninggalkan Rasulullah s.a.w tanpa bg salam.

Apabila Rasulullah nampak wanita tua tue pergi tanpa menoleh lagi, Rasulullah pun menyuruh sahabatnya yg berada di situ supaya panggil balik wanita tua tersebut.

Rasulullah s.a.w berkata pada wanita tua tu,
" Memang tidak ada di dalam syurga tu wanita yg tua. Tapi, dlm syurga hanya wanita2 muda sahaja. Org yg dimasukkan ke dalam syurga, Allah akan jadikan dia muda terlebih dahulu."

Wanita tua tu berasa sangat gembira bila dgr penjelasan dr Rasulullah s.a.w. Dia pun pergi dgn hati yg senang.


Wednesday, December 1, 2010

Rasulullah s.a.w tidak pernah kenyang hingga dua kali dalam sehari



Masruq bin al-Ajda meriwayatkan:
 " Suatu hari saya mengunjungi Aisyah r.h.a. Ia kemudian menghidangkan makanan dan berkata: 
 'Ketika aku makan hingga kenyang, aku selalu menangis.' 
Saya bertanya: 'Mengapa engkau menangis?' 
 Aisyah menjawab: ' Aku teringat keadaan ketika Rasulullah s.a.w meninggal dunia. 
Demi Allah, baginda tidak pernah makan roti dan daging hingga kenyang sebanyak dua kali dalam sehari."
(Riwayat al-Tirmizi)




Dalam hidup ini kita terlalu banyak mengeluh...
Kita lupa utk bersyukur atas setiap apa yg kita peroleh..

.Kita juga x pernah ataupun kurang menghargai setiap nikmat yg kita dapat...
 Melalui kisah di atas dapat kita lihat bagaimana Rasulullah seorang yg bersederhana dalam kehidupan baginda....
Jauh sekali dgn kehidupan kita yg penuh dgn pembaziran..Hatta sebutir nasi jarang kita ambil kisah, di buang begitu saja....
apatah lagi makanan2 yg seringkali kita bazirkan... Renung2kanlah...jika hendak melakukan pembaziran terhadap makanan tidak kira banyak ataupun sedikit pembaziran itu jauhkanlah kerana itu sikap syaitan yg suka melakukan pembaziran... Tidak kah kita ingat akan saudara2 kita yg masih ramai kebuluran di luar sana?? saat kita berasa kenyang mereka kelaparan...

Tafsir Surah An-Naas

Surah An-Naas
- surah ke-114.
- 6 ayat.
- diturunkan di Mekah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang...
1. Katakanlah, " Aku berlindung kepada Tuhannya manusia,
2. Raja manusia,
3. Sembahan manusia,
4. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi,
5. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
6. Dari (golongan) jin dan manusia. "
Cute Red Flying Butterfly