Pages




Friday, December 10, 2010

Tahu Ajalnya

Pada suatu hari, lelaki tua yang selalu memandikan mayat dikunjungi oleh seorang pemuda. Wajah pemuda itu putih bersih dan berpakaian kemas. Pemuda itu bertanya kepada orang tua itu, "Bolehkah pak cik membantu saya memandikan orang yang sudah meninggal dunia?"

Jawab orang tua itu, "Baiklah, saya akan membantu kamu."

Kemudian, orang tua itu mengikut pemuda itu sampai ke sebuah rumah. Dia diminta pemuda itu untuk tunggu di luar. Sementara lelaki itu masuk ke dalam rumah, tiba2 keluar gadis yang sedang menangis. Gadis itu bertanya, " Adakah pak cik yg hendak memandikan jenazah?"

Orang tua itu menjawab, "Ya,betul."

Gadis itu berkata lagi, " Dengan nama Allah, silakan masuk pak cik."

Orang tua itu pun masuk ke dalam rumah. Dia melihat pemuda yg menjemputnya td sedang menghadapi maut. Pemuda itu sedang nazak. matanya melihat ke atas sahaja. Belum sempat orang tua itu duduk di sisinya, dia menghembuskan nafas terakhir. Org tua itu berkata, " Maha suci Allah, pemuda ini adalah kekasih Allah.Oleh itu, dia sudah tahu bila ajal menjemputnya."

Org tua itu pun memandikan mayat pemuda itu dgn perasaan gementar. Selepas selesai membalut tubuhnya dgn kain kafan, gadis tadi dtg dan menghampiri jenazah itu. Gadis itu mencium pipi mayat itu dan berkata,"Sebentar lagi saya akan mengikutimu, dgn izin Allah, wahai saudaraku."

Selesai memandikan jenazah itu, org tua itu pun pulang ke rumah. Sebelum pulang, gadis itu mengucapkan terima kasih kepada org tua itu. Dia berkata, "Jika isteri pak cik dapat memandikan mayat seperti pak cik, bawalah dia ke sini."

Org tua itu terkejut apabila mendengar kata2 gadis itu. Dia menduga gadis itu bakal menyusul saudaranya menemui ajal. Selepas selesai menanam mayat pemuda itu, dia pun pulang ke rumah. Sebaik sahaja tiba di rumah, org tua itu menceritakan kepada isterinya berkenaan pesanan gadis itu.

Org tua itu pun membawa isterinya ke rumah gadis itu. Dia mempersilakan isteri org tua itu masuk. Sebaik sahaja isterinya masuk ke dalam, dia melihat gadis itu sudah meninggal dunia dgn badannya menghadap kiblat. Isteri org tua itu pun memandikan dan menanam jenazah itu bersebelahan dgn kubur saudaranya.

No comments:

Post a Comment

Cute Red Flying Butterfly