Saturday, June 9, 2012

♥ Merinduimu Sahabatku ♥

Terasa pedih hati saat dirimu pergi..
Terasa sayu diri saat aku bersendiri...
Sungguh...Janji Allah itu pasti...
Bertemu dan berpisah kita kerana Illahi...


Setelah lama menyepi, akhirnya hati ini menyatakan lagi rasa rindunya padamu sahabatku. Moga dirimu tenang dan sentiasa dalam keberkatan Allah. Moga dirimu sentiasa dalam penjagaanNya. Sungguh, medan perjuangan kita kini berbeza corak dan warnanya. Ku dambakan kita bertemu di destinasi akhir perjuangan ini. Meski jarak dan masa kini memisahkan kita, moga Allah menguatkan ikatan hati kita padaNya.

" Tiada seorang Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat berkata kepadanya, 'Dan bagi kamu seperti yang kamu pinta untuk saudaramu' "
(Riwayat Muslim)


Mana mungkin aku akan melupakanmu sahabatku. Pelbagai kisah suka duka kita lalui bersama. Mungkin juga hari-hari yang kita lalui bersama adalah pelajaran berguna untuk kita mencapai proses kematangan dalam silibus kehidupan yang sementara ini. Percayalah, dalam hati ini tidak akan pernah terbit rasa benci untuk sesiapa selagi mana dia bergelar saudara seagamaku.... Bertemu dan berpisah kita kerana Allah. Moga dirimu sentiasa dalam penjagaan Rabbul Izzati. =)

1 comment:

  1. Assalammualaikum..gadisku.
    kalau masih ada rasa sahabat smslah hehehe.
    Tak kisah dibalas atau tidak, yg penting kita tetap memelihara ikatan persaudaraan itu..Allah tahu apa kehendak hati kitakan.updatelah blog selalu..walau sibuk mana..boleh kongsi story.Sayang untukmu Azye.

    ReplyDelete

Cute Red Flying Butterfly