Pages




Monday, February 11, 2013

..:: Jangan takut sebarkan kebaikan ::..

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم

Lihatlah dunia hari ini,
Makin berubah hari demi hari,
Bila buat baik disuruh berhati-hati,
Kerana bimbang keselamatan diri sendiri...

Persoalan bermain di dasar hati,
Kenapa perlu berkira hal begini,
Bukankah Allah telah memberi janji?
Maka yakinlah pada Allah dalam hal duniawi....

Sebarkan kebaikan walau sebesar biji sawi,
Biarpun terhadap insan tak dikenali,
Allah menilai keikhlasan hati,
Usah bimbang pada kezaliman duniawi...

-Balaslah kejahatan dengan kebaikan | AAJ1812®-

 
Dalam menyusuri perjalanan kehidupan ini, ternyata kita tidak sepi dari persoalan-persoalan tentang hakikat sebenar kehidupan. Jauh di sudut akalku, aku berfikir panjang. Pernahkah kita mengalami situasi di mana sedang kita berjalan-jalan, datang seseorang yang meminta simpati dengan menghulurkan tangannya memohon sedekah? Sudah pasti ramai yang mengalami situasi sebegini. Ataupun sedang duduk makan bersama rakan-rakan datang seorang tua menghulurkan senaskhah yasin kecil untuk dijual kepada kita. Namun, cuba kita renungkan kembali apa reaksi ataupun respon kita terhadap insan-insan sebegini. 

Selalu aku timbulkan persoalan di benak rasa sahabat-sahabatku, "apa tindakan kita jika terjumpa insan sebegini?"

Jawapan-jawapan yang ku terima selalu sahaja membuatkan hatiku tidak mencapai kedamaiannya.
"Kita masih belajar. Duit yang kita ada parents kita bagi untuk perbelanjaan kita."

"Alahhh...pakcik tue saja jak minta-minta duit kat orang padahal banyak kerja lain yang boleh dia buat berdasarkan kudrat yang dia ada. Nampak sangat pemalas orang nie."

"Eh, takyahlah bagi. entah-entah penagih dadah kot. Sia-sia jak kita bagi duit untuk benda-benda tak berfaedah tue..."


Banyak lagi jawapan-jawapan serupa yang pernah menitip di pendengaranku mengenai hal ini. Namun jauh di sudut hatiku, aku tetap berfikir, "Kenapa kita tidak yakin pada janji Allah? Allah menyatakan janji-NYA, setiap kebaikan itu pasti dilipatgandakan ganjarannya.." 


Mungkin juga pandangan-pandangan sahabatku itu benar namun aku berpegang pada prinsip keyakinanku. Tidak kisahlah insan yang meminta itu memiliki niat apa, mudah-mudahan dengan sedikit pemberian itu mampu menunjukkan NUR ISLAM di dalam hatinya. Islam itu indah. Semoga keindahan itu terpancar dengan setiap detik perbuatan kita. Allah menilai setiap perbuatan kita, hatta setiap detik tersembunyi di dasar hati turut menjadi nilaian Allah.

“Amalan kita dinilai berdasarkan niat dan cara.  Jika kita niatkan kerana Allah dan cara sudah bertepatan dengan syarak, maka ia tetap berpahala sekalipun penerimanya menipu.  Amalan penerima dinilai berdasarkan niat dan caranya sendiri.  Kita tidak menanggung apa-apa kerugian dari perbuatannya.”

Wallahualam. ALLAH MAHA MENGETAHUI.
..:: MENITI JALAN SYURGA | AN AWESOME JOURNEY ::..


1 comment:

  1. Alhamdulillah.Assalammualaikum Azey,
    lama tak bersua di halaman maya.Sibuk kan.Terimakasih menyediakan tatapan yg.jarang2 orang ada masa menyediakan nya.Terimakasih untuk saling mengingatkan.

    ReplyDelete

Cute Red Flying Butterfly