Saturday, January 15, 2011

Hakikat kehidupan

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Alhamdulillah syukur ku ke hadrat Illahi diberikan kesempatan untuk menimba ilmu di halaqah ini...........


Di halaqah ini..
Kami berkongsi ilmu-MU
Mejalin ukhuwwah...
Menjalin mahabbah pd-Mu ya Rabbi....


Pada pagi yg indah ini..kulangkahkan kaki menuju halaqah...menjalin ukhuwwah....mengisi jiwa yg dahagakan ilmuMu....mencari sinar hidayah-Mu....berkatilah perjalanan ku menuju-Mu ya Allah......


Dalam halaqah pagi ini dimulakan dgn 3 persoalan utama yg sering kita lupa atau pun kita tidak pernah tahu...

  1. Dari mana asalnya kita?
  2. Mengapa kita diciptakan dan didatangkan ke muka Bumi ini?
  3. Ke manakah kesudahan kita?
Merenung kembali persoalan2 di atas....pelbagai jawapan bermain di minda dan adakalanya fikiran menjadi kosong dan kita mula tersedar hakikat kehidupan sebenar....
berhenti sejenak dari kesibukan dunia dan renungkanlah .
.tanyakanlah pada diri...
suarakan pada hati....
sebenarnya dari manakah asal kejadianku?mengapa aku diciptakan?apa tujuan aku hidup?sebenarnya aku mencari apa dlm hidup ni?kejayaan?kekayaan?kebahagiaan?

Segalanya bermain di fikiran....dan akhirnya di pagi yg indah ini aku tersentak dan tersedar dari perjalananku...sebenarnya aku telah menjauh dan kdg kala terasa diri ini semakin leka dan terlupa hakikat sebenar kehidupan ini.....

Menjawab kepada persoalan pertama...:
Dari mana kita dtg?
kita sebenarnya adalah sebaik-baik kejadian ...diciptakan dari tanah...dan pd penciptaan manusia kali pertama diperintahkan oleh Allah agar malaikat yg dicipta daripada cahaya, dan iblis yang dicipta daripada api untuk sujud kepada Nabi Adam yg dicipta daripada tanah....Dapat dilihat betapa mulianya penciptaan manusia itu....Oleh yang demikian, kita perlu merenung kembali asal kejadian kita....Dari sebaik-baik dan semulia penciptaan seharusnya kita jalani kehidupan dgn cara yg mulia..sebagai seorang yg mulia..yg diciptakan dgn sebaik-baik penciptaan....bukannya hidup sbagai seorang yg penuh dgn kemaksiatan...seorang yg hidup dgn penuh kegembiraan sementara...kita ciptaan yg mulia maka muliakanlah perjalanan hidupmu...

Beralih kepada persoalan yg kedua,mengapa kita diciptakan?apa tujuan kita diciptakan?
Dan Allah telah berfirman di dalam al-Quran,
"Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku"

Maka renunglah sedalam-dalamnya firman Allah tersebut...kita diciptakan utk beribadah pd ALLAH dan hakikat sebenar kehidupan kita hanyalah utk beribadah pd Allah..melaksanakan segala pekerjaan untuk mendapatkan keberkatan dan redha Allah...Dan lihatlah manusia pada hari ini...yg diciptakan dgn sebaik-baik penciptaan..berapa ramaikah yang sedar dgn hakikat sebenar penciptaan mereka...?Manusia pada hari ini telah lalai dan alpa..leka dgn matlamat lain..dan semakin jauh dgn matlamat sebenar mereka diciptakan.....Leka dgn dunia...Lalai dgn kesenangan dan kebahagiaan yg sementara...Maka bergembiralah para syaitan laknatullah yg telah berjaya melalaikan manusia dari hakikat sebenar penciptaan mereka.....

Meniti persoalan yang ketiga,
Ke mana kesudahan kita?
Tepuklah diri yang sedang dibuai kesenangan....Teriakkan pada hati yang hanyut dibuai kelalaian....Tanyakan pada diri, ke mana kesudahan kita?????Ke mana penghujung kehidupan kita????
Mati itu pasti wahai diriku yg masih hidup....
Kau akan kembali pd Allah...maka berapa banyak bekalan yg telah engkau sediakan utk menghadapi kematian??Manusia kini itu takutkan mati....Mereka sentiasa berlumba2 mengejar kekayaan...harta..dan pangkat..hinggakan mereka lupa bahawa segalanya akan ditinggalkan jika mereka telah sampai ke penghujung hayat mereka.....Ya Allah..betapa aku lalai dalam menjalani hakikat sebenar aku diciptakan selama ini....Kembali lah pd Allah...Moga diberi kesempatan utk melaksanakan kehidupan berpaksikan hakikat sebenar penciptaan manusia....

Apabila kita tanyakan jauh ke dasar hati tentang ketiga2 persoalan tersebut:
  • Dari mana kita dtg?
  • Mengapa kita diciptakan?
  • Ke mana kesudahan kita?
Maka tersentaklah diri yang tersasar dari landasan sebenar hakikat kehidupan ini..
Fitrah kejadian manusia itu adalah untuk kembali pd penciptaNya....Kita dtg drpd Allah..kita hidup hya utk Allah dan akhirnya kita kembali pd Allah...itulah kehidupan....Usah dipersoalkan kerana fitrah kita untuk sentiasa kembali pd Allah...walau setenang mana kita pada hari ini,walau segembira mana kita dgn kekayaan dan kejayaan yg kita miliki,bila mana kita lupa pd Allah,akan terdetik keresahan dan kegelisahan pd hati dan jiwa....Kerana fitrahnya kita untuk sentiasa kembali pd Allah..

Bila mana hati dan jiwa kita senantiasa dekat pd Allah maka di situlah ketenangan dan kebahagiaan yang dicari...
Kebahagiaan kita bukan pada tingginya pangkat dan kejayaan yg dicapai,
kegembiraan kita bukan pd banyaknya harta yg dimiliki..
Kebahagiaan dan ketenangan sebenar ialah pabila mana kita mampu dan berjaya melepasi segala tribulasi dan mehnah kehidupan dgn sabar dan hati tetap teguh pdNya..Itulah ketenangan yg sbenar....

Renungkanlah hakikat sebenar penciptaan manusia....Saat terjaga di pagi hari..sentiasa tanyakan pd diri ketiga2 persoalan tersebut agar kita sentiasa sedar akan hakikat sebenar kita diciptakan...Maka beruntunglah org2 yg sentiasa mendidik diri dan jiwa mereka utk kembali pd Allah...
Allah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
Setinggi mana dosa yg telah dilakukan ..pintu taubat sentiasa terbuka selagi mana hayat dikandung badan..
Jangan sampai pintu taubat sudah tertutup baru kita hendak menyesali segalanya yg terjadi..

Akhir kalam...
Sentiasalah bermuhasabah diri dan kembalilah pd Allah.....Moga kita mendapat keberkatan sepanjang kehidupan....Wallahua'lam...


No comments:

Post a Comment

Cute Red Flying Butterfly