Pages




Thursday, December 9, 2010

Sabar menghadapi ujian hidup

Pada suatu hari, Nabi Muhammad ke rumah anak perempuannya, Fatimah. Apabila tiba di rumah Fatimah, Nabi Muhammad bertanya kepada anaknya, " Di manakah kedua-dua cucu bapa?"


Fatimah menjawab. " Hari ini kami tidak memiliki apa2 pun untuk dimakan. Segala puji bagi Allah, suami saya sudah mendapat kerja dengan seorang Yahudi. Suami sy turut mbawa kdua-dua anak lelaki bersamanya."


Selepas mendengar penjelasan Fatimah, Nabi Muhammad pun pergi mencari cucu2nya iaitu Husin dan Hasan. Apabila Nabi Muhammad bertemu dengan cucu2nya. beliau melihat mereka sedang bermain di suatu tempat. Tangan mereka masih mengenggam sisa kurma.


Apabila Nabi Muhammad melihat cucu2nya asyik bermain sementara menantu serta sepupu nya iaitu Alu sedang membuat kerja, Nabi Muhammad pun berkata, "Ali, adakah kamu tidak mahu membawa pulang anak2mu sebelum panas terik matahari?"


Ali menjawab, " Ya Nabi Allah, pagi ini kami sekeluarga tidak mempunyai apa2 untuk dimakan. Oleh itu, biarlah kami anak beranak di sini bagi mengumpul lebih banyak buah kurma untuk dibawa balik dan diberikan kepada Fatimah."


Apabila mendengar jawapan daripada menantunya itu, Nabi Muhammad pun turut bersama-sama dengan Ali dan cucu2nya membuat kerja seperti mengangkat air. Upah mengangkat air sebaldi bersamaan dengan sebiji kurma. Ali dan Nabi Muhammad melakukan kerja itu sehingga berjaya mengumpulkan beberapa biji kurma. Selepas berpuas hati dengan hasil itu, mereka pun pulang ke rumah.

Begitulah kehidupan Fatimah , anak kepada utusan Allah iaitu Nabi Muhammad yg begitu sabar mengharungi hidupnya. Fatimah tidak pernah menunjukkan rasa menyesal ataupun sedih di wajahnya.

2 comments:

  1. bismillahirrahmanirrahim.

    entry yang sangat bagus. nak taulah mane azie bace cerita ni~

    ReplyDelete
  2. sy bc dr buku btajuk SELEMBUT BICARA..;)

    ReplyDelete

Cute Red Flying Butterfly